O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Saturday, December 14, 2013

Kalian, Bintang Hati.

Assalamualaikum to all readers and bloggers

Sungguh, lama tak update blog, Kian usang dilihat. 
Jujur, bukan niat dihati untuk mengabaikan. Jauh sekali untuk dikuburkan.
Hakikatnya, manusia bersifat nasia. Pelupa. 
Dan begitulah, terlupa dengan password blog sendiri. Tsk Tsk Tsk.

Alhamdulillah. Dengan izin dia, penulisan di blog masih bisa untuk diteruskan.
Kadang-kala bukan lah penulisan untuk muzakarah kita bersama.
Kerana terkadang, aku ingin berkongsi apa yang aku alami sehari hari.
Kerana memori itu sifatnya kadang kala tak mampu untuk kita ingati semuanya. Bukankah?


Untuk entry kali ini, ingin sekali aku ucapkan infiniti apreasiasi.
Sahabat ini banyak sekali membantu. Manusia adakalanya tak lari dari 'jatuh'.
Jatuh. Ya, itu aku. Aku lah tu.

Pernah aku terbaca, bila kita terjatuh, kita ada 2 pilihan.
Sama ada untuk berterusan menangis mengeluh sambil merenung luka,
atau terus bangkit tanpa kenal erti mengalah.

Dan sahabat inilah diantara sahabat yang kerap hadir dalam memberikan kekuatan dan harapan.
Dan mengajar aku apa itu erti kebangkitan.
Dia sahabat yang sering mengingatkan aku bahawa manusia ini butuh pada Tuhannya (Allah)

Kita ‘abdullah’
butuh peringatan hati
biar basah. 
Kita ‘abdullah’
yang Dia sering uji
siapa yang benar imannya. 
Kita ‘abdullah’
sifatnya selalu lupa
dan kadangnya tersasar.
iya, itu kita. 
Dia yang penuh cinta dan kasih, menghantar sosok-sosok yang membiaskan 
‘rasa’ terindah dalam jiwa, biar terus-terusan tetap dalam jiwa yang baik.
dan kita sering bicara, dalam saling memenuhi kebutuhan fitrahnya hati.
iya, kau aku. Bismillah.  
KopiPasta: Aziyan, Tumblr

Alhamdulillah, tidak tahu untuk aku ungkapkan cara apa lagi.
Selain memujiMu Ya Tuhan, atas anugerah ini.
Benarlah, sahabat itu salah satu wasilah yang kita ada untuk menggapai redha Tuhan.
Sahabat yang sering memberikan kita peringatan tanpa kenal erti lelah.
Thanks dear. Qurratul Aini Salma.

Baju couple kami. 

Pejam celik pejam celik. Hampir 7 Tahun kita kenal. Ye tak?
Biarlah jarak menjadi pemisah.
Kerana, inshaaAllah doa menjadi pendekatnya.

Begitu juga untuk kalian sahabat-sahabat lain.
Kalian juga anugerah dari Dia yang tidak terhingga.
Moga ukhuwwah yg pernah terbina tetap utuh dalam redha Dia.

Maaf andai aku kerap melukakan hati kalian.
Maaf andai aku bukanlah sahabat baik idaman kalian.
Namun, aku tetap berusaha ke arah itu. InshaaAllah.

"I leave you in the care of Allah, as nothing is lost that is in His care."

Wassalam :)

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

Wednesday, May 8, 2013

Exam Bakal Menyerang!

Assalamualaikum to all readers and bloggers
 
 
Masih di rumah. Mencari semangat yang entah hilang ke mana. 
Semangat apakah itu? Semangat nak study! Haha.
Kemalasan pada tahap yang sukar dibendung sekarang. Macam mana ntah nak buat..
Esok balik kampus. Dengan harapan semangat study sudah dijumpai. Hopefully..

Kepada seluruh pelajar IPG Malaysia, selamat menjalani peperiksaan yang bakal tiba.
Berusahalah. Kerana setiap usaha itu ada nilainya di sisi Allah.
 
 
Ingat! Study bukan semata-mata kerana exam. Tajdid niat, belajarlah kerana mencari redha Allah.
Dengan izin-Nya, moga kita semua berjaya. Allahumma Ameen.

Mohon maaf segala salah & silap.

Salam Mujahadah,
Huda Ariff :)

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

Friday, May 3, 2013

Terbang Si Buku Terbang

Assalamualaikum to all readers and bloggers. 
 
Langit berarak cerah pagi tadi...
 
Kini, hujan turun membasahi bumi.

Alhamdulillah :) 
" Jika suatu hari nanti awak menangis, beritahula.
Saya tak janji nak buat awak tersenyum.
Tapi saya boleh menangis bersama awak.

Kalau suatu hari nanti awak ada masalah, beritahula.
Saya tak janji nak bagi penyelesaian.
Tapi nasihat & sokongan mampu diberi.

Tapi kalau suatu hari nanti awak perlukan saya,
Saya tak muncul-muncul, mungkin kerana Allah lebih memerlukan saya.
Saat itu saya pula perlukan "HADIAH" persahabatan dari awak.
Hanya doa yang ku mahu."

Qurrat, UKM :11.54 PM

Thanks untuk surat yang Qurrat tulis pada Huda. Em, untuk buku-buku ni jugak :)





Dear Qurratul Aini Salma..
Thanks for everything. Termasuk buku-buku yang Qurrat hantar pada Huda. Jauh buku tu terbang melayang dari UKM sampaila ke Perak. Alhamdulillah, selamat jugak sampai kat tangan Huda. I'm touched. Banyak perkara yang kita kongsi bersama. Terbukti, walau jarak menjadi perantara, itu bukan menjadi asbab sesuatu persahabatan tu terputus. Alhamdulillah. Teringat zaman-zaman sekolah dulu. Selalu menangis sama-sama. Haha. Banyak perkara yang kita buat sama-sama. 
 
Jujurnya, banyak perkara yang qurrat ajar pada Huda. Honestly, 'liat' sangat nak puasa time nak exam SPM dulu. Tapi Qurrat selalu ajak Huda puasa. Jujur, memang seronok puasa ramai-ramai. Bukak puasa ramai-ramai. Haha. Huda kan memang pemalas. Hihi. 
 
Lepas makan petang, selalu pergi kat wakaf depan dewan, tengok langit sama-sama. Aaargh! Rindunya. Lepas tu, menangis sama-sama teringat rumah. Borak-borak pasal masa depan. Ihik, rasa macam kelakar pulak. Sekarang kita boleh lihat, masing-masing membawa haluan. Bidang yang berbeza. Tapi, ukhwah tetap ada. Alhamdulillah. 
 
Waktu prep malam, Qurrat selalu ajar Huda Bahasa Arab. Ingat lagi? Bila time makan, kalau lauk yang ada Ubi Kentang, Huda mesti bagi Ubi Kentang tu kat Qurrat. Ingat lagi tak? Hihi. Qurrat kan suka Ubi Kentang.

Hey, Huda doakan qurrat berjaya. Apa yang qurrat belajar sekarang, memang itu yang qurrat impikan dari dulu lagi kan. InshaAllah Dietitian to be. Buktikan! Yang Qurrat mampu. Dan... pray for me ya! Ahaha. 'Cikgu', memang tu impian Huda dari dulu. Moga impian kita sama-sama tercapai.
 

May Allah ease our journey. Ameen :)

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

Wednesday, May 1, 2013

Wordless Wednesday #13

Assalamu'alaikum
 



~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

Wednesday, April 3, 2013

Praktikum: Bersiul-jawab. Erk!

Assalamualaikum to all readers and bloggers

Musim praktikum. Memang sokmo stay up malam-malam. 

Pengorbanan. Cewah. Bajet. Hihi!
Mengadap lesson plan. Semak lembaran kerja murid. Buat bahan bantu mengajar.
Yup! Itulah guru. Opss.. Guru Pelatih. Haha.

Tadi lecturer datang sekolah. Cek lesson plan. Tetiba...
Ejaan salah! BerSOAL-jawab eja dah macam BerSIUL-jawab.
Haih sejak bila pulak nak bersiul-siul nih. Adei =.='
Tu la, siapa suruh tak semak ejaan lepas buat lesson plan. Hehee.



Belajar dari kesilapan. Ingat, Semak ejaan. *inshaAllah*

Moga Allah memudahkan untuk urusan seterusnya. InshaAllah. Yosh!





~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

Thursday, March 28, 2013

Listen! Cuti Bakal Berakhir!

Assalamualaikum to all readers and bloggers.

Hujan. Sejuk. Ketenangan. Alhamdulillah. 


Cuti bakal berakhir. Esok dah nak balik maktab. Adoila, gelabah habis. Hihi.
Esaimen pun haruslaa dihantar. May Allah ease everything. 
FIGHTING!



Praktikum semakin hampir. Berbaki beberapa hari saja lagi.
Allah. Allah. Preparation pon macam ape je. 
Rabbi Yasir wa la Tu'assir.


 Teruskan belajar dan mencuba untuk menjadi guru yang baik. 
Murobbiyah. InshaAllah.

-Partner Praktikum-
31 Mac 2013


Lots of love,
Huda Ariff...


~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

Friday, March 15, 2013

BIG Siri 5: Kota Metropolitan

Assalamualaikum to all readers and bloggers.
Lama tak update blog. Bersawang teruk. Euww.

Entry kali ini. Biarlah gambar yang berbicara. Fuh, tu dia.. ayat. Bukan malas nak explain memanjang esei bagai. Tapi, malas nak menaip. Nak simpan tenaga jejari ni untuk menaip esaimen. *tangan di bahu, mata pandang atas* 

Dalam beberapa hari beberapa jam beberapa minit dan beberapa saat yang lepas, alhamdulillah terlaksananya Bina Insan Guru Siri 4 (BIG) kami di Kota Metropolitan Kuala Lumpur. Actually, mulanya memang banyak kekangan. Standard la tu kan. Mana ada yang aman bahagia sentosa selamanya. Tapi alhamdulillah, dengan kekangan yang dihadapi pada awalnya, kami dapat pengakhiran BIG yang baik. Thanks to Allah. Thanks kepada krew-krew Bina Insan Guru Siri 4. Pensyarah pembimbing. Rakan-rakan Kelas J & H. Next semester, kita plan lagi molek. In shaa Allah.


Yayasan Restu, Shah Alam: Pusat Cetakan Al-Quran






Jalan Tuanku Abdul Rahman:





Dataran Merdeka:


Galeri Ilmu
Penerbitan Buku: Asuh, Anis, Q&A, Cinta High Class dan lain-lain.



International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC):






Alhamdulillah. Done! Bina Insan Guru Siri 4. Tempat yang sangat-sangat memberi kesan yang mendalam ialah ISTAC. Seni binanya sangat unik. Setiap reka bentuk bangunan, facilities seperti kerusi, rak buku dan lain-lain lagi direka khas oleh Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Itu yang membuatkan aku bertambah kagum dan jatuh cinta. Subhanallah!

Seriously sebelum ni tak pernah tahu kewujudan ISTAC di Malaysia. Bila masuk kesana, merasakan seperti berada di luar negara. Library dia memang osem! Macam ala-ala cerita Harry Potter.

Credit to Amirah di atas ihsan kamera.
Tak bawa kamera sebab memory card kat rumah. Ceh, ayat kasihan. Alasan. Hihi.

 Kami kata, ini gambar 'Mahabbah'. Ahaha :)

*Kesejukan Dalam Bas*
 Lots of Love, Huda Ariff

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...