O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Thursday, November 9, 2017

Gaharu Tea Valley Gopeng

Assalamualaikum to all readers and bloggers.

Since 2013 tak pernah sentuh blog dah. Almaklumlah, sekarang orang dah "tak main" blog. Mostly akan update di Instagram, Facebook bla bla bla. Tak tahu nak start semula dari mana. 

Disebabkan cuti baru baru ni tour Perak (negeri sendiri padahal pon). Tak tipu ok, aku warga Perak tapi rupanya banyak lagi tempat aku tak explore habis. So, kalau negara orang aku gigih nak pergi (walaupon tak termakbul lagi) why not aku berabis tour Perak selagi mampu. Kan?

Gaharu Tea Valley. Tak pernah langsung tahu tempat ni, sampailah ternampak kawan update di instagram. Dengar Tea Valley mesti semua bayangkan sejuk macam Cameron Highlands kan? Jauhkan mindset macam tu. Jujur cakap, tempat dia panas. Tapi not bad kalau nak cuba bawa kanak-kanak sebagai lawatan sambil belajar dan especially orang yang suka bergambar. Gaharu Tea Valley ni mendapat pengiktirafan dari "Malaysia Book of Records" sebab perladangannya yang dibuat secara organik.

Location tak jauh dari Highway Exit Gopeng. Korang boleh cuba gunakan waze. Tapi jangan terkejut kalau waze pandu korang ikut jalan pelik-pelik sampai celah kampung. Banyak alternatif jalan nak ke sana.

Alamat: 
Gaharu Tea Valley Gopeng
Jalan Sg Itek, 31600 Gopeng, Perak

Harga Van:
RM 10.00 Dewasa
RM 5.00 Kanak-kanak
*Buat masa ni parking kenderaan tidak dikenakan caj.
 
PS: Kenapa ada harga van? Sebab nak gerak kat setiap station perlukan kenderaan dan hanya kenderaan Gaharu Tea Valley sahaja yang dibenarkan bergerak ke setiap station.
 
Ada 3 Station:
1. Viewing Stage
2. Hugging Park
3. Lover's Park

Station 1: Viewing Stage
The view. MashaAllah! 

Pura pura tak pandang kamera bang? 


Cawan tak berayaq teh pon

Station 2: Hugging Park



Station 3 : Lover's Park
Part bergambar kat tangga rasa nak nangis. Sebab penat tunggu orang lalu lalang. Banyak sangat photobomb. 


Muka penat dah. Tapi terpaksa layan orang yang gigih nak juga ambil gambar. 
Selesai driver van tu guide korang di setiap stesen, korang akan diturunkan semula di tempat yang korang mula-mula masuk. Kat situ ada pelbagai jenis makanan yang diperbuat daripada Teh Gaharu contohnya Teh Gaharu, Ais Krim HOGA, telur HOGA dan macam-macam lagi. 

Gaharu Tea Valley untuk entri blog kali ni. Moga bermanfaat. Thanks for reading. 
Counting weeks. Moga Allah memberkati PJJ kami. Cepat cepat pindah Tawau ye bang. Kalau tak dapat jugak, merajuk minta Pahang pulak haha. 

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...