O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Tuesday, June 28, 2011

Study Smart? versi usrah BADAS IPG KSAH bagi "Generasi Kedua"

ASSALAMUALAIKUM.. Cak!
Pada mulanya saya sendiri tertanya-tanya.. Study Smart? Ape kebende nye tu? Kemudian sahabat saya pon menerangkan serba sedikit konsep study smart yg baru diperkenalkan tu.. Ooo, baru saya faham.. Begitu rupanya.. Kalau korg nak tau, Study Smart ni merupakan gelaran lain selain dari usrah.. Kiranya, namanya dari sudut versi yang berbeza sedikit dan ia adalah untuk Fasilitator Akademik iaitu juga dikenali dengan Nuqaba' Generasi Kedua.. Bagi yang generasi pertama masih dikekalkan nama Usrah.. Begitulah serba sedikit penjelasannya..

MAKSUD Usrah dalam bahasa Arab ialah keluarga. Sebagai istilah, usrah bermaksud satu program tetap yang dianjurkan oleh kumpulan yang beriman dan bekerjasama untuk memahami dan menghayati Islam.
TEMPAT Usrah boleh diadakan di rumah anggota usrah dengan cara bergilir-gilir atau di masjid, di surau, di musalla atau sebagainya.


Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, usrah ada 3 rukun iaitu:
  • Taaruf. Taaruf bermaksud berkenalan secara mendalam hingga menimbulkan kasih sayang dengan tujuan al-hubbufillah. Firman Allah: Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara ....." Dan Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Orang yang beriman dengan orang yang beriman yang lain laksana satu binaan, saling kuat menguat antara satu dengan yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w., maksudnya: Kami mengasihi saudara kerana dia adalah saudara pada jalan Allah. Di samping itu sikap mahabbah mesti di buktikan dalam amalan dan penghayatan bukan sekadar teori semata-mata. At-Taaruf ialah kenal mengenal dari bab mufa'alah (daripada dua belah pihak) salbi dan i-jabi (memberi dan menerima)--kenal yang benar-benar, tahu selok-belok tentang saudara kita, supaya kita membuat dan bertindak untuk mengarah sesuatu yang sesuai dengannya.
  • Tafahum. Tafahum maksudnya bersefahaman. At-tafahum daripada bab mufa'alah juga, bertujuan supaya usrah membuahkan suatu sikap, satu tindakan daripada sama-sama faham, sama-sama beramal iaitu sama-sama menjalankan perintah Allah, tunduk kepada kebenaran, muhasabah diri, muhasabah sama-sama jemaah dan disusuli dengan nasihat menasihati antara saudara (ad-Dinul nasihah). Awas jangan sama sekali nasihat menasihati ini menimbulkan apa-apa perasaan yang tidak senang kepada satu sama lain, baik yang memberi atau menerima, cuba renungkan hadith di atas.
  • Takaful. Rukun ini merupakan dasar membela nasib sesama sendiri, supaya jangan ada orang yang terbiar atau terlantar nasibnya tidak terbela. Maksud rukun ini ialah anggota usrah hendaklah mengambil berat masalah-masalah yang dihadapi oleh saudaranya. Takaful ini merupakan pancaran pekerti yang dilahirkan daripada keimanan, dan merupakan inti sari daripada ukhuwah yang murni.
Ok, begitulah serba sedikit pengenalan mengenai usrah dan cara pelaksanaannya yang dapat saya kongsikan. Atas kesedaran bahawa betapa pentingnya kedudukan usrah dalam Islam dimana pembentukan dan pengukuhan seorang muslim berdasarkan usrah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad saw. Baginda saw mengukuhkan akidah dan membentuk akhlak para sahabat dengan perjalanan usrah secara berperingkat bermula di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam. Ini juga disebut sebagai satu sunnah yang wajib diikuti. Tanamkan kemahuan dan cinta kepada usrah dan ingatlah bahawa tanggungjawab kita sebagai pejuang Islam adalah menegakkan agama Islam dengan mengembalikan khilafah islamiah di muka bumi ini. Hal ini amat memerlukan pembentukan sahsiah kepada setiap individu. Wallahua'lam. =)
 
P/S: Zaman purba dulu2 slalu sngt mengomel bila ad usrah.. Jangan buat gitu ye kawan2.. Hopefully hati kita sentiasa istiqamah dalam berjuang dijalanNya.. Hidup ini hanya persinggahan sementara.. Akhirat adalah sesuatu pasti dan hakikat yang nyata..  

Haa.. Jangan tiru aksi ini ye.. Xpatut tau..







~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...