O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Friday, August 5, 2011

Kenapa la LECTURER ni tak best?

بسم الله الرحمن الرحيم 

Assalamualaikum.. Kenapa la Lecturer ni tak best hah? Pernah tak terlintas di fikiran korg? Pernah? Tak pernah? Actually, huda pernah juga terfikir dan terlintas di hati macam tu tau.. Tapi bila difikirkan kembali, standard la tu.. Mana ad manusia yang perfect kan? Lagipun, mak Huda selalu pesan kita tak boleh memperkecilkan kebolehan guru mengajar dan tak baik kutuk-kutuk cikgu tau.. Pensyarah juga boleh diertikan seperti guru kerana mereka turut mencurahkan ilmu walaupun diperingkat yang berbeza.. Waktu Huda kecil-kecil dulu kurang perasaan sikit la.. Tapi bila dah semakin besar dan fikiran pun semakin matang, baru Huda tau penat lelah seorang guru tu.. Tambahan pulak Huda bakal ke arah "itu".. InshaAllah~ Pengorbanan seorang guru tu tak mampu dibayar dengan wang ringgit tau! So, camne nak balas ea? Jawapanya, dengan kejayaan dan doa dari anak-anak muridnya la kan.. Okeh! Meh kita layan komik nih.. Muhasabah jap ^^,

KLIK PIC KOMIK NI UNTUK LEBIH JELAS EA ^_^

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
 Petikan dari Sajak Nukilan : Usman Awang 1979

Tetiba rasa rindu pula pada guru-guru sekolah Huda dulu~ Lama rasanya tak berjumpa! Terima Kasih cikgu kerana mendidik saya sehingga saya menjadi seperti sekarang.. Alhamdulillah..

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH DI SK CONVENT FATHER BARRE
Pic diatas tidak berkaitan ye.. Hihi! Actually pic tu diambil waktu Huda dan rakan-rakan membuat Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu di SK Convent Father Barre Sg.Petani, Kedah.. Seronok sangat pengalaman menjadi seorang yang bergelar guru walaupun hanya selama seminggu.. Haa..! Untuk PBS yang akan datang Huda akan lakukan di sekolah rendah Huda yang dahulu di SK Jeram Mengkuang, Bidor, Perak.. Tak sabar nih! Moga Allah permudahkan segala urusan.. 

Okeh, nak berlabuh tirai.. Wassalam =)

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

6 comments:

  1. erk, ish2.. slalu kot cam nie.. klo lecture ajar tak pham mmg kna kutuk punya.. lagi2 klo exam dia bg soklan kaw2..

    ReplyDelete
  2. sme la kiter.. xpe, bila terlintas je kat hati cepat2 berfikiran positif.. Almaklumlah kiter ni nak amik berkat ilmu dari pendidik..

    ReplyDelete
  3. yer, hormatilah guru anda, nescaya anak2 murid /org lain akan hormati anda jugak.. =]

    ReplyDelete
  4. tinkerbell terbang2 sini melawat rakan2 blogger ^^,

    ReplyDelete
  5. thanx cik yana~ terbang2 la lgi.. mkin lama mikn tggi ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...