O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Tuesday, November 1, 2011

Yes, I am Left Handed!

Halloo to all readers and bloggers.. Tajuk entry kali ni macam "angkat bakul sendiri" je kan.. Benarkah begitu? Tidaklah.. Cik Kidal saja nak share info-info yang Cik Kidal baru baca.. Tapi, kalau anda rasa "muak" or "benci" nak membaca sila abaikan entry ini.. Okeh?

Honestly, bila baca info mengenai bab ini, Cik Kidal tersenyum sendiri je kan (but Im not crazy okay).. Hihi! Nak tau kenapa? Sebab Cik Kidal pun "Kidal".. Alahai, tengok username "Cik Kidal" sudah.. Jadi, sila buat-buat faham ^^,

Baiklah, kita kembali serius! (walaupun, actually tak berapa serius)

KIDAL? APAKAH ITU? :
-Kidal bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai aktiviti. 10 peratus dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal ( lefthanded ).
HUBUNGAN KIDAL DENGAN OTAK: 
-Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains. Manakala, otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.
 
KEKURANGAN SI KIDAL: 
1) Menulis didalam buku tebal. Nak tahu kenapa? Ia akan menyukarkan individu semasa menulis di bahagian kiri muka surat kanan buku. Sebenarnya, Cik Kidal pun begitu. Tak berminat menulis di dalam buku tebal-tebal. Cik Kidal lebih selesa menulis pada kertas kajang atau buku tulis ja. Hihi!

2) Penggunaan peralatan lain, yang selalu dikhaskan untuk penggunan tangan kanan, contohnya:
Gunting, Senjata Api, Komputer (Tetikus), peralatan dapur dan lain-lain. Ini akan menyebabkan kadang-kala Si Kidal terpaksa mempraktikkan dengan tangan kanan untuk menggunakannya. Kalau bab ni pulak Cik Kidal tak de masalah. Sebab tetikus Cik Kidal gunakan tangan kanan.. Nasib baiklah kan.. Lagi bagus! Belah kanan guna untuk tetikus, sebelah kiri menulis atau pegang something macam makanan ke kan.. (haish! tak habis-habis makan!)
Manusia yang mengunakan gunting dengan tangan kiri
3) Kerusi meja (kerusi kuliah). Meja kuliyah di dalam kelas dicipta khusus untuk orang tangan kanan. Maka individu yang kidal perlu mengiringkan sedikit badan sewaktu menulis agar tangan kidal dapat memanfaatkan ruang yang ada. Ni memang problem! Kalau dalam kuliah memang susah.. Tambah-tambah lagi kalau pindah kelas yang tak ada kerusi "Kidal".. Sebab kat dalam kelas Cik Kidal, nasib baik ada kerusi "Kidal".. Jadi, senanglah kan!

KELEBIHAN SI KIDAL:
1) Tulisan Arab. Ini kerana menulis tulisan jawi/arab lebih senang berbanding tulisan biasa kerana ia ditulis dari kanan ke kiri. Hihi! Tapi, tulisan jawi/ arab Cik Kidal tak cantik pun.. Tak pe, asalkan boleh faham.. Kan2? 

2) Kreativiti. Ini kerana otak sebelah kanan menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.. Em, kalau bab ni pula, muzik memang diakui! Cik Kidal suka luangkan masa dengan mendengar muzik. Cik Kidal suka muzik balad, nasyeed dan ala2 cute.. Ala2 cute?, apa benda tu? Sila buat-buat faham.. Yang pasti sedap didengar.. Kadang-kadang lagu tu la yang diulang-ulang sampai la rasa bosan baru tukar lagu lain.. Pelik tak? Kalau seni dan kreativiti, Cik Kidal tak pasti..(Eh, rendah diri pulak kan).. Emosi? Cik Kidal memang suka menagis.. Actually, im vey sensitive!

3) Kamera? Haa, kamera SLR yang memerlukan kedua-dua belah tangan sedikit menyenangkan individu kidal. Tangan kiri akan digunakan untuk memgang lensa dan menyokong kamera tersebut.. Oleh itu, mereka lebih cepat mengubah fokus kamera dan kamera dapat disokong dengan mudah.. Erm, kalau bab ni Cik Kidal tak expert lah kan.. Sebab Cik Kidal bukan pengguna SLR.. Tapi, Cik Kidal memang suka bab photografi ni! Suka ambil gambar! dan diambil! (Eheh, begitu pulak)..

4) Fleksibel.. Em, maksud di sini individu Kidal adakalanya terpaksa mempraktikkan penggunaan tangan kanan untuk melakukan pelbagai aktiviti. Jadi disini, individu Kidal boleh menggunakan sesuatu objek tersebut samada dengan tangan kiri atau kanan.. Berbanding dengan Si Kanan yang terlalu selesa dengan penggunaan tangan kanan, apabila perlu diubah mereka mungkin sukar kerana tidak dipraktikkan. Ini jelas terbukti ketika peperangan dahulu kala apabila menggunakan pedang. Individu kiri terbiaa dengan penggunaan tangan kiri. Akan tetapi mereka disuruh berlatih dengan menggunakan tangan kanan supaya bersedia menghadapi dengan musuh yang menggunakan tangan kanan. Manakala jika pengguna tangan kanan, mereka sudah tentu bermasalah jika tiba-tiba musuh yang perlu dihadapi adalah pengguna tangan kiri.. Cuba fikirkan..

INDIVIDU SI KIDAL:
a) Teknologi Maklumat
Bill Gates

b) Seni ( suara, lukis, pertahanan diri/peperangan )
Saidina Umar Al-Khattab
Julius Caesar,
Alexander the Great,
Napoleon Bonaparte dan Isterinya,
Leonardo Da Vinci

c) Musik dan hiburan
Michelangelo Buonaroti,
Beethoven
Oprah Winfrey
Amitabh Bachchan
Tom Cruise
Charlie Chaplin
Nicole Kidman
Marilyn Monroe
Angelina Jolie
Keanu Reeves
Sylvester Stallone
Asmawi bin Ani( Mawi )
Man Kidal

d) Sukan
Pelé -Edson Arantes do Nascimento (Bolasepak)
Diego Armando Maradona (Bolasepak)
Lieonel Messi (Bolasepak)
Rafael Nadal (Tenis)
John McEnro (Tenis)
Lin Dan (Badminton)
Valentino Rossi (Lumba motosikal)

MAKAN TANGAN KIRI?:
Rasulullah saw bersabda, “Wahai anak, bacalah nama Allah dan makanlah dengan tangan kananmu, dan makanlah seterusnya dengan tangan kananmu.” (HR. Bukhori Muslim)

Pasal isu makan guna tangan kiri. Cik Kidal rasa ramai kidal pun makan dengan tangan kanan kecuali kalau guna sudu.. Betul tak? Sebab Cik Kidal pun begitu.. Tapi, kalau dengan sudu boleh disesuaikan dengan tangan kanan lagi bagus kan.. Orang kidal ni selalu kena tegur kalau makan guna sudu (termasuk Cik Kidal) Hihi.. So, bagi orang kidal, makan la guna tangan je. Ikut sunah Nabi, dapat pahala lagi.

Wallahualam.





~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...