O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Sunday, January 29, 2012

Layakkah kita untuk menilai orang lain?

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Alhamdulillah masih diberi peluang untuk menghirup udara segar! Moga diberikan kesembuhan dari batuk dan selsema :) Amin. Petang-petang begini agak mengantuk, tapi kudrat tetap dikuatkan untuk update blog yang dah lama tak update. Bersyukur kerana masih mampu jari jemari menari untuk menaip entry yang tak seberapa buat ingatan kepada kita semua. Ambillah yang bermanfaat dari entry kali ini dan jadikan ia sebagai satu panduan dalam mujahadah di bumi Allah ini.

Sambil-sambil Cik Kidal berfacebook, tiba-tiba ada terlihat wall photo dalam Aku Ingin Berubah Menjadi Lebih Baik. Cik Kidal share wall photo tu untuk diletakkan di wall Cik Kidal. Alhamdulillah, niat untuk memberi kesedaran kepada kita semua, termasuk diri Cik Kidal sendiri. Yes! Of course termasuk Cik Kidal. Cik Kidal juga manusia yang tidak sempurna, kadang tersalah pandang dan tersalah sangka terhadap orang lain juga. Oleh itu, jom kita renungkan gambar di bawah..
PERLU INGAT! Berilmu dan berlatar belakang baik bukan lesen untuk bersangka buruk dan memandang hina orang lain! Jadi perlulah tetapkan dalam hati agar sering HUSNU DZON. 
Kita adalah sama disisi Allah, walaupun berbeza rupa dan pangkat. Ingatlah manusia kerana kita semua makhluk ciptaan Allah s.w.t yang mempunyai beberapa kekurangan dan kelebihan. Setiap kekurangan yang kita ada merupakan 1 muhasabah yang perlu kita hayati agar kita menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur. Hanya amal kebaikan yang akan membezakan kedudukan kita sebagai hamba di sisi Allah. Allah yang maha tahu.

Walaupun begitu, kekurangan diri atau kesilapan lalu biarlah ia berlalu. Kerana ada dalam kalangan manusia yang merasakan betapa hinanya diri akibat mengenang kisah-kisah silam yang penuh dengan dosa. BERTAUBATLAH! Allah itu penerima taubat. Jadi jangan mudah memandang salah terhadap orang lain kerana mungkin ia bangkit dari kesilapan lalu untuk menebus kembali segala kesilapan yang dilakukan.
Allah does not judge you on how bad you have been in the past. But rather on how good you strive to be now :)
Jangan sesekali salah tafsir orang lain dengan melihat dari sudut yang negatif. Jangan mudah menilai seseorang dengan mata kasar jika anda tidak pernah menilai dengan mata hati dengan merasakan isi hati insan yang dinilai itu sendiri. Pandangilah kehidupan dari sudut yang positif. Jangan sesekali memandang rendah kerana setiap sesuatu datang atau terjadi adalah bersebab. Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui. Mungkin, mereka yang kita pandang rendah itu lebih baik dari kita.

Semakin diteroka ilmu, semakin kerdil rasanya diri ini yang punya hanya sekelumit ilmu. Jika dibandingkan luas 7 lautan, tidak setanding dengan luasnya ilmu Allah. Pelbagai wadah mampu dijadikan sumber ilmu. Contohnya? Facebook! Siapa kata FB tu sesuatu laman sosial yang tak bermanfaat? Sedangkan entry yang Cik Kidal share kali ini pun Cik Kidal kongsikan dari wall photo facebook tau :)

Baiklah, sekian saja entry Cik Kidal untuk kali ini. Sama-sama muhasabahkan diri. Seringkali istighfar dan basahkanlah lidah dengan memuji Allah taala dengan berzikir. Mudah!  :)


~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

1 comment:

  1. nice post and nice blog too...salam kenal dari Indonesia ya..:))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...