O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Monday, January 9, 2012

Why Im Still Single?

Salam Tautan Kasih kepada semua pembaca!

InshaAllah kali ini saya ingin berkongsikan sesuatu yang mungkin kita alami pada detik dan waktu ini. Solo? Single? Sering kita dengar.. Perlukah sebegitu?

Hakikatnya jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ibarat meniti jambatan untuk keseberang. Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat kerana jambatannya singkat. Betul kan? Setiap insan punyai "jambatan" yang berbeza.

Bagaimana pula dengan anda? Tidak tahu? Ya JODOH itu adalah rahsia Allah yang kita tidak tahu sama sekali. Oleh itu sama-sama lah kita berdoa agar dipertemukan Zauj dan Zaujah yang soleh serta solehah dan dipermudah segala urusan inshaAllah.

Namun ada di dalam jutaan manusia yang sering kecewa dalam hidup kerana CINTA. Mengapa itu terjadi? Ini kerana mereka tidak mengerti nilai cinta yang sebenarnya. Usah kecewa andai jodoh kita belum tiba, kerana setiap apa yang Allah tentukan itu pasti ada hikmah yang tersirat dan tersurat. InshaAllah~ Jadi usah takut dengan status SINGLE anda.

YA! Memang tidak salah untuk berkahwin pada usia muda namun perlu kita tahu kadang-kadang apa yang dimiliki oleh orang lain, tidak semestinya sesuai untuk kita miliki pada waktu itu. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. SEDARLAH! Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.
Berpeganglah pada janji Allah di dalam kalimah suci Al-Quran iaitu:
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

INGATLAH!
Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui rahsia-rahsianya.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya,bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
 
PETIKAN DARI BUKU PETUA MEMBENTUK CINTA ABADI:
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat, tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan kita sekeping hati? Kerana Tuhan memberikan sekeping hati lagi kepada seseorang untuk kita mencarinya.. ITULAH NAMANYA CINTA.

Wallahu'alam~
~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

2 comments:

  1. allahuakbar...timeksih huda atas perkongsian yg qurat tgah cari...yg penting kte kene ykin dgn janji Allah...berusaha mendapatkan yg baek adalah bermula dr dri kte sndri...jom kita bina keperibadian yg mulia....go jiwa positive..:)

    ReplyDelete
  2. Sama2 qurrat.. xde apa2 pun.. btul tu, inshaAllah berusaha mnjadi yg terbaik utk mndapatkan yg baik juga.. jadilah solehah utk mndapat yg soleh.. Ameen~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...