O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Wednesday, April 18, 2012

Ujian OH Ujian!

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.

Tepat jam 1.02 am jari- jemari terus ligat menaip. Tiba-tiba terbaca satu artikel yang sangat menarik lagi tertarik. Terus terlintas hati untuk update blog. Akhirnya dapat update hari ni! Yeay :)

Ujian mahasiswa, mahasiswi, guru pelatih (seperti aku), pelajar dan sebagainya dalam bermujahadah mencari ilmu ialah:
KEWANGAN - MALAS - CINTA - SAHABAT

Benarkah begitu? Apa? Tak nak mengaku? Okay, fine! Tepuk dada tanya iman. Sendiri tahu, sendiri nilai. Bagi diri Cik Kidal sendiri, memang diakui ujian-ujian tersebut memang meruntun jiwa sewaktu mencari ilmu. Contohnya KEWANGAN, isu belum dapat ELAUN! Kan masalah tu. No MONEY, no TALK! Tak de duit, muka pon seposen je kan  :)

 
MALAS? Sifat malas memang menghantui di saat-saat assignment mula menampakkan dirinya! Tabiat kerap menangguh, memang jelas terbukti KEMALASAN anda! Cik Kidal sendiri buat. Bila dah last minute baru menyesal. Aish! Last minute dah tak guna nak menyesal. Baiklah, dari sekarang setting kat minda masing-masing, buang trend BERTANGGUH dan MALAS anda! Ahaks~


CINTA? Baiklah,berkaitan dengan cinta terutamanya fenomena CINTA MUKA BUKU, sampai lagu pun ada tau! Apa pendapat anda mengenai CINTA MUKA BUKU? Hihi! Bukan mahu mengatakan ia adalah SALAH. Namun, sedikit sebanyak ia menjadi sati TREND. Kan? Tapi perlulah berhati-hati kerana alam maya penuh dengan pendustaan dan penipuan. Perlulah bijak menilai! 

Seperti kata-kata Hilal Asyraf, beliau menyatakan di dalam blognya,
"CINTA TIDAK BUTA".

Martabat cinta begitu tinggi. Jangan rendahkannya sehingga menilai ia buta. Sebagai contoh, jika anda mencintai seseorang kerana agamanya, adakah bila agama orang tersebut hilang selepas anda mencintainya, adakah anda akan terus mencintainya?

Namun, jika anda tidak menganggap cinta itu buta, anda mencintai seseorang kerana agamanya, maka cinta anda kepadanya akan bertambah dan berkurang sepertimana bertambah dan berkurangnya agamanya. Atas dasar itu cinta kerana agamanya diperkuatkan lagi dengan hadis yang bermaksud:

"Apabila datang kepada kalian orang yang kalian redha agamanya dan akhlaknya (untuk meminang anda atau wanita dibawah tanggungan anda) maka nikahlahilah lelaki tersebut. Kalau kalian tidak melakukan hal tersebut nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan terjadi kerosakan yang merata".

[HR Tarmizi & Ibn Majjah]

SAHABAT? Cik Kidal rasa bahagian ni reader(s) dan blogger(s) sendiri mungkin dah expert. Kawan-kawan adalah cerminan diri kita. Pilihlah kawan yang membawa kita kearah kebaikan. Amar makruf, nahi mungkar! Adatlah dalam zaman remaja yang baru meningkat dewasa, kita adakalanya lebih mempercayakan dan mendahulukan rakan dari ibu bapa sendiri. Sehinggakan kita turut terpengaruh dengan keburukan yang kawan-kawan kita lakukan.

"Buat teman.. 
Tak terasa bila dia pergi..
Tapi sayu bila dia tak kembali..
Mencarinya dengan hati suci lebih indah..
Daripada memiliki tapi tak menghargai..
Dia datang tanpa seruan.. Dia pergi tanpa alasan..
Kejarlah dia sebelum hilang dari pandangan..
Kerana hadirnya anugerah yang tiada bandingan.. 
Thank you ALLAH.. For the gift of friendship.."

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------

KESIMPULAN:
Tujuan entry ini dipost bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa dan bukan ditujukan khas kepada sesiapa. Ia adalah sebagai peringatan kita bersama. Yuk! Ke arah yang lebih baik. Wallahualam.
~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

2 comments:

  1. salam , hai kak . wani tag akak untk giveaway :))
    http://diarikuwaniesyazwani.blogspot.com/2012/04/first-giveaway-by-syakilla-syed-alwi.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...