O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Saturday, November 3, 2012

Cinta di atas Jalan Tarbiyah

Assalamualaikum to all silent reader(s) and blogger(s). 
Kaifa Imanukum? InshaAllah, moga IMAN  kita bertambah berbanding sebelumnya.
Nak pinjam 1 minit boleh? Jom setting minda dan hati kejap! 

 Ok, done! Alhamdulillah.

Entry kali ini ingin aku bawakan kalian untuk menyelongkar isi Cinta di Atas Jalan Tarbiyah!


Wahai ikhwan dan akhawat, 
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa jalan tarbiyah ini akan ditaburi dengan kelopak bunga indah, 
Allah tidak pernah menjanjikan bahawa jalan dakwah ini akan sunyi tanpa mehnah, 
Allah juga tidak menjanjikan kehidupan mewah melimpah ruah.

Apa yang mampu aku katakan, 
Di jalan ini engkau bisa temukan keindahan beribadah kepada Allah, engkau bisa menikmati nikmat ukhuwwah fillah, engkau bisa bergembira walau dunia terasa sempit susah payah. Dan yang paling utama, di atas jalan ini juga, engkau kan menemui Allah swt. Maka demikianlah kisah cinta di atas jalan tarbiyyah.

- Copied from tarbiyah | Tumblr
- Edited by Huda Ariff @ Cik Kidal



قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)
 
 
Sahabat, 
Walau susah-payah sekalipun kita lalui, tarbiyah itu perlu digerakkan nadinya.
Biar jatuh berkali-kali jangan pernah serik untuk bangkit kembali! Innallaha ma'ana.


Jalan Tarbiyah itu sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dijalani, diredahi dan didaki. Banyak perkara yang perlu kita korbankan. 
 
Ingat sahabat! Mujahadah itu pahit kerana Syurga itu Manis! 

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...