O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Saturday, December 22, 2012

Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum to all readers and bloggers. 

Hai! Sekarang Huda berada di Anson Hotel, berhampiran dengan Menara Condong Teluk Intan. 


Sumber En.Google

Misi hari ini ialah menghabiskan bonus mak. Shopping sakan. Yeay! Eheh, anak jenis apa la ni. Opss, bukan Huda yang nak habiskan duit mak, tapi mak yang nak belanja ok. Saya anak yang baik. Titik.

Ok, entry kali ni bukan berfokuskan kepada membeli-belah. Tetapi cuma ingin berkongsi sesuatu yang bermakna dari sahabat untuk sahabat. 


"Allah has already written the names of your spouse for you. What you need to work on is your relationship with Allah S.W.T. He will send her/him to you when you're ready. It is only a matter of time.
Actually, penanda buku ini merupakan hadiah ulangtahun kelahiran dari seorang sahabat, Masitah. Tq so much dear. Apa yang ingin Huda perjelaskan disini, untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik perlulah mencintai dan mentaati segala suruhan dan perintah dari Pemilik dan Penciptanya terlebih dahulu. Yakni Allah taala. Dialah pencipta dan pemilik kepada sesuatu yang kita impikan. Jaga hubungan dengannya, inshaAllah akan dikurniakan yang terbaik buat kita. 

Dengan ini, ingin Huda manfaatkan kesempatan untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada sahabat Huda iaitu Safiqah Roslan dan Nur Amalini, sepupu Huda iaitu Rabiatul Adawiyah, senior Huda iaitu Kak Nor Zarith Farahin, abang kepada Farhatul Madihah dan senior-senior yang berkahwin sepanjang cuti semester ini. Semoga dapat membina keluarga Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Allahumma Ameen.



Cuti semester berbaki lagi 9 hari. Tenung rumah habis-habis. Haha. Tak de kerja ke kau. Semester semakin bertambah. Umur semakin meningkat. Mati semakin dekat. Hopefully dengan umur yang semakin meningkat, kematangan diri juga semakin bertambah. InshaAllah. 

*Praktikum- Nervous 

Sekian untuk entry kali ini. 

Salam Sayang, 
Cik Kidal. 

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...