Assalamualaikum.. Anda mengaku MATANG? Yeke? boleh percaya ke ni? Erk.. Kadang2 orang yg muka x matang sebenarnya dia tu lagi mantang.. Kan2..? Bak kata JAMBU, "muka legend, hati cute" nampak je muka matang.. Tapi sebenarnya belum matang lagi tuh.. Nak tau kenapa..? Pikir la sendiri.. Eh2, silap2.. Meh sini saya nak share.. Pengisian ni diambil dari buku TENTANG CINTA, karya Pahrol Mohd Juoi.. Meh2, jom baca ea!
- Sanggup menghabiskan nilai kad telefon untuk berbual dengan kekasih hati.. Tu diaaa!! Sedangkan wang membeli tu dikirim dari mak dan ayah.. Em, pelik kan.. Memang x patut.. (Jangan buat gitu ea) hihi~ Walaupun duit tu sendiri punya, contohnya duit Elaun mcm student IPG or SPA.. Biasiswa ke.. Atau PTPTN.. Guna la dengan sebaiknya.. Salurkan ke saluran yang betul.. Beli buku.. Makanan (eh, ingat makan je kan.. hihi), Derma kat tabung surau ke.. Kan lagi baik! Muhasabah ea..
- Sanggup memarahi adik sendiri dan boleh sampai tahap memukul hanya gara-gara tersilap bicara.. Sedangkan diri sendiri tu boleh tersenyum lebar bila dihina, dicaci dan dimaki dengan kekasih hati sendiri.. Perlu ke macam tu? Tak patut.. Darah daging kita sendiri tak sayang.. Heh! Kononnya depan kekasih baik la sangat, hakikatnya kat rumah kuat melenting.. Alaa, cinta semua nye indah belaka.. kan2! Belakang macam hantu, bila didepan macam malaikat.. Ish, geramnye!
Elakkan sifat amarah.. |
- Asyik terkenang wajah kekasih hati yang baru seminit berpisah.. Ewah! macam setahun je terpisah.. Walhal, wajah mak ayah dia tak teringat langsung.. Apa la jenis anak ni.. Tak kenag budi..
- Susah hati kalau tak terima surat, email atau mesej dari kekasih jantung hati.. Haih! Bukan main beriya lagi tu.. Bila dapat je mesej dari pujaan hati, bukan main senyum melebar lagi dengan telefon.. Macam orang tak betul pulak kan.. Sedangkan mak ayah kat kampung tu tak dihubungi pon.. Tak patut macam tu..
- Memakai pakaian yang sehabis cantik untuk pergi dating.. Tu dia! Sampai tak tidur malam gara-gara nak prepare jumpa pujaan hati tu.. Tapi, kalau nak "dating" dengan Allah (solat).. Kadang-kadang tu pakai singlet dengan kain pelekat je kan.. Memang la dibolehkan, tapi cukup x kain kat rumah tu? Haa, kalau cukup, pakai la yang molek2 skit.. Pastikan bersih dan suci.. Allah tu sukakan pada kecantikan..
- Lepas tu, tak habis-habis wish I LOVE YOU la.. Apa lagi, SARANGEYO..AISHITERU.. YO AI NI la.. Amboi, macam-macam bahasa diluahkan kat kekasih hati.. Tapi, pada Kekasih kita yang satu Allahu Rabbi? Kemana menghilangnya ucapan tu? Ucapkanlah Alhamdulillah, Allahu Akbar, Subhanallah dan sebagainya untuk pujian ke Allah ta'ala..
nice bl0g3...!!!!!!!
ReplyDeleteThanx kak.. bru start ber blog smula ni.. hihi! dah lme tinggalkan blog..
ReplyDeletebenda nie memang realiti dan terjadi.depan mata pun boleh nampak.
ReplyDeletesama2 la muhasabah diri balik.nice sharing :)
sokong cik bell.. ~muhasabah diri.. fikirkan kembali.. selami hati~
ReplyDelete