“Barangsiapa yang tidak mengambil peduli umat Islam yang lain, dia bukan dari golonganku”[H.R At-Tabrani]
Dalam 'kesibukan' berPBS, suddenly my friends sentuh pasal bab Rohingnya. So I've googled pasal penindasan Islam di Myanmar dan I've found this from blog KLIK SINI!. (Sekian lama aku 'tahu', namun baru hari ini aku ingin 'ambil tahu', alangkah teruknya kau Huda! Astaghfirullah)
Qunut Nazilah buat Rohingnya:
“I pray to my god, my Allah, that I can stay in Malaysia forever.
I don't want to go to other countries where it is not a Muslim place.”
Sharifah binti Hussein, a bubbly 17 year old Rohingya Muslim
Ini bukanlah masalah muslim Rohingya semata-mata. Namun, bila disebut MUSLIM itu, sepatutnya kita juga merasa terpanggil untuk bersuara dalam isu ini. Kerana Allah SWT ada berfirman, bahawa setiap orang beriman itu adalah bersaudara. Maka, sanggupkah kita membiarkan saudara kita ditindas begitu sahaja tanpa sedikitpun bantuan dan kecaknaan dari kita? Bayangkanlah jika yang ditindas itu adalah ibu bapa kita, adik beradik sendiri...apakah kita hanya duduk memerhati? Sedarkah kita bahawa, mereka kini sedang mempertahankan akidah Islam?
Oleh itu, di sini saya (walaupun saya bukanlah juga di antara mereka yang lantang bersuara), menyeru kepada semua yang membaca agar kita mendoakan saudara seakidah di sana, di atas kelemahan dan ketidakmampuan kita untuk membantu lebih dari itu (namun, jika kudrat melebih daripada ini, bantulah dengan berlebih-lebih lagi).

Wallahu'alam :)
No comments:
Post a Comment