Assalamualaikum to all readers and bloggers..
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..
Aku masih diberi peluang untuk menghirup udara segar hari ni.
Sudah 2 hari aku demam. Bahkan tatkala jari-jemari menaip entry untuk kali ini demam dan selsema masih belum sempurna kebah. Sekian lama Allah memberikan aku kesihatan, kali ini aku diuji dengan kesakitan. Alhamdulillah, jika dengan hadirnya kesakitan ini membuatkan aku bertambah mengingati-Mu, aku bersyukur Ya Allah. Seingat aku baru pertama kali aku demam buat tahun ini.
“Sesungguhnya demam itu atau demam yang berat itu berpunca daripada bahang api neraka. Jadi, sejukkanlah ia dengan air.”(Riwayat Muslim)
Demam bermula pada malam program "IPSAH BERSELAWAT".. Ya Allah, ruginya aku tidak dapat menghadiri sepenuhnya pengisian rohani pada malam itu. Hanya sedikit makanan rohani yang aku dapat oleh kerana terlalu mengantuk selepas 'menelan' panadol dan akibat selsema yang bertambah teruk. Namun, alangkah bertuahnya aku kerana ada sahabat-sahabat berkongsi pengisian yang mereka perolehi. Alhamdulillah!
Pagi keesokannya aku dikejutkan Madihah untuk menunaikan solat Subuh. Terasa lemah longlai badan akibat demam yang bertambah melarat. Namun dengan kekuatan aku bingkas bangun kerana kelewatan. Aku hadir ke kuliah seperti biasa. Syukran Madihah!
Pada hari tersebut aku menjalankan aktiviti seperti biasa. Demamku kembali setelah aku pulang dari kuliah, semakin teruk dan suhu badan meningkat. Dengan kesakitan yang Allah berikan, banyak yang aku pelajari. Menyedari bahawa sebagai hamba aku memerlukan Allah swt. Sedar dari kelalaian dengan nikmat sebelum ini. Akhirat kelak pasti lebih panas melebihi panas yang aku rasakan ketika aku demam ini. Aku sedar bahawa fitrah manusia tidak akan lari dari memerlukan Allah tatkala berada dalam kesusahan kerana Allah sebaik-baik sandaran. Dan.. aku lebih menghargai orang-orang disekelilingku. Hari ini alhamdulillah, suhu badan menurun namun selsema masih juga belum kebah.
Mak & Abah: trima kasih ambil berat dan doakan kesembuhan untuk along :)
Madihah: Arigatou gozaimas untuk ubat, bubur ayam RFC.. dan segalanya.
Masitah: Syukran untuk 'koyok' dan ubat yang kamu belikan.. Nanti kami bayar ok?
Amirah: tq untuk panadol yang kamu bagi hari tu :)
Intan: trimas temankan n jadi driver madihah untuk belikan ubat kami.
Hidayah, Wani, Ila dan Wani: Pray for me ya.. Supaya cepat sembuh :)
" Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya"(HR Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu mencaci-maki penyakit demam, kerana sesungguhnya (dengan penyakit itu) Allah akan menghapuskan dosa-dosa anak Adam sebagaimana tungku api menghilangkan kotoran-kotoran besi”.(HR. Muslim)
Di dunia, Allah menghapuskan dosa kita dengan ujian dan kesakitan.
Di akhirat, Allah menghapuskan dosa kita dengan api neraka.
Di akhirat, Allah menghapuskan dosa kita dengan api neraka.
MEREKA OSEM
mama tu mak angkat masa BIG ke?
ReplyDeleteha'a.. bijak2! hihi :)
Deletesemoga cepat sembuh huda...doa sentiasa mengirigimu...
ReplyDeleteAmeen :) syukran qurrat.
Deletesakit itu penawar dosa.. bertabahlah ! :) syafakillah ye dear ..
ReplyDeletesis, syukran kathiron :)
Delete