O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Friday, May 3, 2013

Terbang Si Buku Terbang

Assalamualaikum to all readers and bloggers. 
 
Langit berarak cerah pagi tadi...
 
Kini, hujan turun membasahi bumi.

Alhamdulillah :) 
" Jika suatu hari nanti awak menangis, beritahula.
Saya tak janji nak buat awak tersenyum.
Tapi saya boleh menangis bersama awak.

Kalau suatu hari nanti awak ada masalah, beritahula.
Saya tak janji nak bagi penyelesaian.
Tapi nasihat & sokongan mampu diberi.

Tapi kalau suatu hari nanti awak perlukan saya,
Saya tak muncul-muncul, mungkin kerana Allah lebih memerlukan saya.
Saat itu saya pula perlukan "HADIAH" persahabatan dari awak.
Hanya doa yang ku mahu."

Qurrat, UKM :11.54 PM

Thanks untuk surat yang Qurrat tulis pada Huda. Em, untuk buku-buku ni jugak :)





Dear Qurratul Aini Salma..
Thanks for everything. Termasuk buku-buku yang Qurrat hantar pada Huda. Jauh buku tu terbang melayang dari UKM sampaila ke Perak. Alhamdulillah, selamat jugak sampai kat tangan Huda. I'm touched. Banyak perkara yang kita kongsi bersama. Terbukti, walau jarak menjadi perantara, itu bukan menjadi asbab sesuatu persahabatan tu terputus. Alhamdulillah. Teringat zaman-zaman sekolah dulu. Selalu menangis sama-sama. Haha. Banyak perkara yang kita buat sama-sama. 
 
Jujurnya, banyak perkara yang qurrat ajar pada Huda. Honestly, 'liat' sangat nak puasa time nak exam SPM dulu. Tapi Qurrat selalu ajak Huda puasa. Jujur, memang seronok puasa ramai-ramai. Bukak puasa ramai-ramai. Haha. Huda kan memang pemalas. Hihi. 
 
Lepas makan petang, selalu pergi kat wakaf depan dewan, tengok langit sama-sama. Aaargh! Rindunya. Lepas tu, menangis sama-sama teringat rumah. Borak-borak pasal masa depan. Ihik, rasa macam kelakar pulak. Sekarang kita boleh lihat, masing-masing membawa haluan. Bidang yang berbeza. Tapi, ukhwah tetap ada. Alhamdulillah. 
 
Waktu prep malam, Qurrat selalu ajar Huda Bahasa Arab. Ingat lagi? Bila time makan, kalau lauk yang ada Ubi Kentang, Huda mesti bagi Ubi Kentang tu kat Qurrat. Ingat lagi tak? Hihi. Qurrat kan suka Ubi Kentang.

Hey, Huda doakan qurrat berjaya. Apa yang qurrat belajar sekarang, memang itu yang qurrat impikan dari dulu lagi kan. InshaAllah Dietitian to be. Buktikan! Yang Qurrat mampu. Dan... pray for me ya! Ahaha. 'Cikgu', memang tu impian Huda dari dulu. Moga impian kita sama-sama tercapai.
 

May Allah ease our journey. Ameen :)

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...