O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Tuesday, January 17, 2012

Dakwah: Amanah vs Hobi

Assalamualaikum to kind readers and smart bloggers!

InshaAllah perkongsian kita kali ini mengenai masalah yang sering kita hadapi masa kini. Dakwah: Amanah atau Hobi? Pernahkah anda terfikir? Muhasabah diri kita, apa mind set kita ketika bermujahadah dalam menyampaikan dakwah.

Adakah kita merasakan dakwah  itu ialah hobi yang kita lakukan untuk mengisi masa lapang dan lakukan ketika perlu serta untuk suka-suka? Atau, dakwah itu merupakan satu amanah yang wajib dilakukan oleh kita sebagai seorang muslim dalam mnyebarkan ayat-ayat dan hukum-hukum Allah serta contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah sebagai panduan hidup kita? Mana satu diri anda?



# Dialog sumber Ihsan iluvislam:

Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?

Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?


Adik
: Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.


Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?
Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?

Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?

Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.

Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan.Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?

Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.

Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.

Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.

Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.

Dakwah itu satu kewajipan dan amanah bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.
 


"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."

 AMANAH ATAU HOBI? MANA SATU PILIHAN ANDA?
Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

6 comments:

  1. Dakwah sekarang moden, yg penting biar fikrah tu tersebar luas :)

    Eh, salam ukhwah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ukhwah "MERAH" hihi~ betul tu, fikrah sngt penting dalam memperluaskan dakwah tu sendiri.. ;)

      Delete
  2. bnyk medium yg boleh kiter gunakan utk berdakwah kan....moge Allah permudahkan ..n moge trus thebat yaa...

    salam ukhuwwah bersulamkan dakwah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju dgn wafalrdina, plbagai medium yg boleh digunakan.. tmbh2 skarang kan zaman globalisasi dunia tnpa sempadan.. perlulah dimanfaatkan dgn sebaiknya dlm memperjuangkan islam itu sndiri~ salam mahabbah!

      Delete
  3. dakwah ni amanah..apabila selalu dibuat..ia akan jdi hobi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. konklusif yg menarik~ dakwah adalah amanah, apabila selalu dibuat ia akan mnjadi hobi.. itulah mesej dari penulisan diatas yg ingin diampaikan~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...