O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Sunday, January 15, 2012

Epilog Silam - Haikal

In the name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful. Alhamdulillah, masih lagi dikurniakan nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara segar dalam melayari kehidupan dan meneruskan perjuangan islam di muka bumi Allah ini.

Entry kali ini merupakan lirik lagu yang sekian lama Cik Kidal tidak mendengar. Suatu hari apabila Cik Kidal blogwalking kat blog Mukasyafah al-Qulub, Cik Kidal terpaku bila mendengar background music blog tersebut. Jujur dan ikhlas dari hati, sangat MENYENTUH. Trima Kasih Tuan Blog tu sebab kembali mengingatkan Cik Kidal dengan bait-bait lirik nasyeed tersebut. 
 
Baiklah, bersama kita menghayati bait-bait lirik nasyeed dari Haikal ini: 

Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan…
Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan…
Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal ku hindari

Tuhan…

Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan…
Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit ku bersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya…
 # Mohon maaf disebabkan pautan internet ala-alal "siput", Cik Kidal tak dapat nk upload video klip nasyeed di atas. Korang boleh search kat You Tube atau 4shared, then terus download kalau berkenan ^_^


P/S = Muhasabah, tarbiyah dan islah diri! Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang-orang yang rugi. Sama-sama kita mengambil manfaat daripada pengisian nasyeed tersebut!


Wallahu'alam

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...