O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Saturday, January 14, 2012

Kenapa Allah temukan kita dengan "insan" yang salah?

Assalamualaikum kepada pembaca setia! 
InshaAllah entry kali ni Cik Kidal akan kongsikan untuk sama-sama kita TARBIYAH dan ISLAH diri. Mungkin coretan pada entry kali ini ada kaitan dengan pembaca-pembaca dan kawan-kawan blogger. Mungkin juga untuk Cik Kidal. Sama-sama kita menguatkan diri. Tiba-tiba terdetik hati untuk post entry macam ni. Entry ni Cik Kidal copy and paste dari post Cik Kidal pada akaun Lailahaillallah yang sebenarnya dah lama Cik Kidal tidak menjenguk ^^, Sumber asal artikel ni ialah iluvislam. Cuma ada yang Cik Kidal edit-edit sedikit untuk disesuaikan dalam entry kali ini.

Memang sakit ibarat dihiris sembilu bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai , apatah lagi jika kita dibuang begitu saja. Tapi, mengertilah bahawa itu juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. Kenapa? Kenapa Allah temukan kita dengan INSAN yang SALAH?
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan... 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya. 
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH
  • memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Jika anda berasa itu adalah diri anda, Cik Kidal juga seperti anda. Juga pernah bertemu dengan insan yang salah, memang kecewa rasanya. Jika diimbau kisah silam malu rasanya untuk menghadapi hari yang mendatang. Tapi hidup perlu diteruskan. Dengan penuh semangat! Bangkitlah dari kesilapan yang lalu. Alhamdulillah Allah telah menganugerah SAHABAT-SAHABAT yang teristimewa untuk menguatkan hati dalam bermujahadah menggapai redhaNya. Bukan Cik Kidal katakan CINTA itu salah, cuma biarlah ia bertepatan dengan syarak yang telah digariskan Allah.  



Jika rasa kecewa menyelebungi diri, sibukkanlah diri dengan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita kepadaNya. Sentiasa bersama sahabat-sahabat yang dengan tutur katanya seringkali mengingatkan kita denga yang Maha Pencipta dan seringkali menggembirakan hati kita. InshaAllah cinta itu akan kita rasai bila tiba saat dan ketikanya..

Berdoalah agar kita sama-sama dianugerahkan INSAN yang menjadi pelengkap hidup kita dalam melayari bahtera kehidupan suatu hari nanti.. 


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..
~ALLAH knows BESt!~♥

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

2 comments:

  1. insyaallah ad hikmah disebalek ble ditemukan dgn ujian yg sebeginie..yg pnting kne ykin dgn janji2 Allah..salam mujahadah!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah moga ada hikmah.. Syukran di atas nasihat yg sngt membina~ salam mujahadah ;)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...