Assalamualaikum to all readers and bloggers..
"Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ia ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
"Bila kita akan berangkat dari alam ini (Dunia) ia ibarat penerbangan ke sebuah negara lain iaitu Kubur dan Akhirat. Maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith.
1. Penerbangan bukannya melalui Air Asia atau Air Jordan, tetapi Al-Jenazah.
2. Bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita.
3. Bajunya bukan Pierre Cardin, Cheetah atau sekutu dengannya tetapi kain putih cotton.
4. Pewanginya bukan Enchanteur atau Polo,tetapi air mawar dan cendana.
5. Pasport kita bukan Malaysia , British atau Korea, tetapi Al-Islam.
6. Visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillallah'.
7. Pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain.
8. Layanannya bukan lagi kelas business atau ekonomi, tetapi sekadar kain yang diwangikan.
9. Destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan.
10. Ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam gelap gelita.
11. Pegawai imegresen bukanlah pihak Kastam, tetapi adalah Munkar dan Nakir. Mereka hanya memeriksa sama ada kita layak ke destinasi yang diidamkan bukan Disneyland, Paris atau London tetapi sama ada Syurga atau Neraka.
12. Tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan.
13. Lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh.
14. Destinasi terakhir sama ada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam.
15. Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya. Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan.
16. Penerbangan ini tidak akan dirampas, oleh itu tidak perlu bimbang. Sebarang sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan.
17. Jangan risaukan delay, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya.
18. Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan, anda telah hilang selera bersuka-ria.
19. Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu anda lagi.
Ya! Berita Baik!!
20. Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini Oleh itu bergembiralah selagi boleh! 'sekiranya' anda boleh!
Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan.
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT?
Dari Hati untuk Hati:
Dekatkanlah diri kita kepada Allah. Berpeganglah kepada Al-Quran dan As-Sunnah! Jagalah hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia (Hablu Minallah, Hablu Minannas)
Credit to: Portal Hanan
Penerbangan untuk bakal2 jenazah..
ReplyDeleteBersedialah kamu untuk menaikinya..
Kerana penerbangan hanya satu trip, tiada yang kedua dan yang ketiga..
Moga bakal2 jenazah sentiasa berada dalam zon 'bersedia' untuk penerbangan ini!!
Pesanan ikhlas itu untuk diri ini ^^
Cinta satu ketentuan Allah..
DeleteRamai orang yg membicarakan tentangnya..
Kematian juga ketentuan Allah..
Tapi, hanya sedikit orang yg mmbicarakannya..
Moga kita tergolong dalam manusia yg sering membicarakan kematian.. kerana org yg mengingati mati ialah orang yg bijak!
Semoga kematian kita di dalam husnul khotimah..=)
ReplyDeleteInshaAllah.. Hopefully, Ameen~
Delete