Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum to all readers and blogger..
Nabi Muhammad menjelaskan:
“Di sekeliling
Arsy terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum
yang berpakaian dan berwajah (cemerlang) pula. Mereka bukanlah para nabi
atau syuhada, tetapi nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka.” Para
sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, beritahukanlah kepada kami tentang
mereka.” Beliau menjawab, “Mereka adalah orang-orang yang saling
mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah.”
| Riwayat
Nasa’i dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu |
Mengimbau lembaran sirah,
Indahnya pertemuan Ansar dan Muhajirin,
Percikan-percikan ukhuwah mereka tersimpul padu,
Kerana disitu juga,
Kekuatan ummah mula dibentuk.
Saat ketika bertemu,
Merimbun kenangan bersama,
Antara kita,
Setiap detik begitu bermakna,
Melangkau epilog-epilog perjuangan.
Saat ketika bertemu,
Untuk terus menongkah bahtera perjuangan itu,
Pada ukhuwah fillah,pada keihklasan, pada kemaafan,
Ada kekuatan dalam ketenangan,
Ada ketegasan dalam kelembutan,
Ada ibrah dalam tindakan.
Saat ketika bertemu,
Bukannya ada agenda peribadi yang dilakonkan,
Tetapi bibit-bibit kepercayaan yang disemai,
Semata-mata mendamba sinar redha dari Ilahi.
Saat ketika bertemu,
Sujud dan syukurku kehadratMu,
Atas nikmat ukhuwah fillah,
Menghayati kalam-kalam Rasulullah,
Dalam menagih manisnya erti iman,
Lantas kita berkasih sayang kerana-Nya.
Saat ketika bertemu mereka,
Pada muhasabah diri, pada tiap-tiap melodi tutur mereka,
Pada riang, pada tiap-tiap gelagat jenaka mereka,
Pada duka, pada tiap-tiap gundah mereka,
Pada tawadhu’,pada tiap-tiap baris kalam Al-quran,
Mereka kenalkanku erti teman yang sebenar.
Saat ketika bertemu,
Suatu masa nanti akan sampai juga kita disatu lembah,
Yang digelar perpisahan,
Dipenuhi dengan lautan air mata,
Mengheret bibit-bibit pertemuan,
Yang masih terperangkap dilubuk ingatan,
Moga kita dipertemukan kembali,
Di syurga Firdausi,
Kerana kita bersatu,
Atas nama ukhuwah fillah.
Ya Allah kiranya Rasulmu bersahabat,
Kurniakan jua aku sahabat,
Tapi biarlah sahabat dari lorong-lorong yg membenarkanMu seperti kebenaran Assiddiq..
Biarlah sahabat-sahabat dari pintu-pintu ilmuMu seperti Ali Karamallahuwajwah..
Ya Allah, kiranya semua itu tidak layak buatku,
Aku bersykur dipertemukan sahabat-sahabatku kini.
Mungkin pada mereka ada segalanya yang tak pernah aku selami..
Mungkin pada mereka letaknya apa yang aku impikan selama ini..
Tapi jka aku seorang sahabat yang tak menghargai,
Kau ampunkanlah dosaku dan kau kurniakan kgembiraan kepada sahabat-sahabat ku ini..Ameen
Credit to: http: //lskpmiutm.blogspot.com/
Lawat kami di: http://almualim-tentangkita.blogspot.com/
"Saat ketika bertemu,
ReplyDeleteUntuk terus menongkah bahtera perjuangan itu,
Pada ukhuwah fillah,pada keihklasan, pada kemaafan,
Ada kekuatan dalam ketenangan,
Ada ketegasan dalam kelembutan,
Ada ibrah dalam tindakan."
:( > :)
3 years get along.. InshaAllah, hopeflly we will find the best moments together!
DeleteSalam saudari. Saya skrol ke atas ke bawah tak jumpa2 peti shoutbox, jadi saya tulis kat sini jela ye. ^^
ReplyDeleteAwak 21 November, saya 12 November. Budak IPG jugak, kalau sudi follow saya balik. =))
cik akuskalo.. shoutboz saya di "super gossip" tu.. hihi! ouh ya? nice la tarikh tu! x sgka.. salam ta'aruf dari saya.. alhmdulillah, saya dh follow kamu :)
Delete