O Allah! Accept our humble prayers and make us obedient servants to you :)

Friday, May 25, 2012

Semester 3! Tinggal Kenangan


Assalamualaikum to all readers and bloggers.

Semester 3 dah habis? Ouh, ye ke? Biar betul? Itu la yang bermain di kotak fikiran aku. Bila habis saja paper exam yang terakhir..
"TILAWAH DAN TAFSIR AL-QURAN" 
..terus rasa macam cepatnya masa berlalu. Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur aku dan beri aku peluang untuk merasai rahmatNya di Semester 3 ni. Thank You Allah! Alhamdulillah! Selesai sudah!

Bila difikirkan banyak juga yang berlaku dalam Semester 3 PISMP ni! Wah, memang aku tak sangka! So, kini tibalah masanya aku persembahkan segala-galanya ceritera sepanjang Semester 3. (Eceh! macam la ingat sangat.) Erk, mungkin aku tak ceritakan semuanya. At least aku nak story juga! 
Alkisah ini difokuskan program luar yang membuatkan aku banyak 'berjalan-jalan'



1. HARI PENDEKAR USM: Serius, memang best! Seronok tak terkata. Actually, aku dah story kat blog pun pasal Hari Pendekar ni. Hihi! Sorry u ollzz :)

Walaupun foto ni agak 'blur' tapi still sayang 'gila' foto ni! Because? This is among the most beautiful memories ^^,

2. PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH, MUAR JOHOR!: Semester kali ni, PBS di Muar Johor. Murid-muridnya BAIK tak terkata. Memang environment rasa lain dari yang lain. Diantara pengalaman yang menarik, diberi peluang melatih students nasyid untuk MTQ. Wah, teruja tak terkata! Thanx a lot Amirah Tarmizi sebab bawa 'saya' PBS di Johor! Suka! 
3. TROPICAL VILLAGE, JOHOR: Actually, jalan-jalan kat tempat yang nice ni masa berPBS. For the first time, I heard the name of this place. Rasa macam, 'perghhh'! Tempat ni moslty terdapat monumen-monumen bersejarah dan tempat-tempat menarik yang terdapat di Asia dan seluruh dunia. Contohnya, Tembok Besar China, Jeju Island, Candi Borobudur, Taj Mahal, Atomium Belgium, Easter Island dan lain-lain. Special dedicated to, Amirah Tarmizi, Mak Cik Mira dan sepupu Mira yang 'matured' tu. ^^,


4. EKSPEDISI TELUK BAHANG, PULAU PINANG: Program ni dibawah kendalian Lajnah Jasmani, Badan Dakwah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Alhamdulillah, program ini berjaya dilaksanakan. Thumbs up! At first I was really tired to climb, but when I see a beautiful island.. Wooo, rasa macam nak melompat-lompat! (Aish, memang childish la kau!) 



5. JEJAK PERADABAN: Program ni dibawah kendalian Jabatan Pendidikan Islam dan Moral. U ollz nak tau, for the first time I went to the palace. Excited! Whoaaa! dan satu lagi perkara penting, 1st time masuk Dewan Undangan Negeri Kedah. Pengalaman yang mungkin sekali seumur hidup, dapat duduk seat Pengarah Perancang Bandar dan Desa! Yang menariknya dapat 'berjalan' dengan classmates. Sebab, susah nak gather ramai-ramai dalam 1 masa. Hihi!


 

6. IPG KAMPUS PERLIS, TAYANGAN NASKHAH CINTA RASULULLAH: Congrates PGPI, IPG Kampus Perlis! Very interesting short film! Bila dapat tahu pasal rancangan nak ziarah IPG Perlis, terus volunteer nak pergi! Sebab? Schoolmate dulu 'studying' kat kampus sana :)



7. KEMBARA SOLEHAH, MALACCA HISTORICAL CITY: Program ni pula dikendalikan oleh Lajnah Helwani, Badan Dakwah IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Thumbs up! Next time buat lagi ok? Hihi! Antara lokasi menarik yang diterjah, Pantai Tanjung Bidara, Pusat Falak Al-Khawarizmi, IPG Kampus Perempuan Melayu, Muzium Samudera, Menara Taming Sari, River Cruise, Dataran Pahlawan, Zoo Melaka dan Taman Rama-rama~ Em, paling tak boleh dilupakan sebab tak dapat stop kat NILAI! Frustrated kot. (Uhh, tak larat nak taip dah)







Aduh, lenguh jugak dok menaip ni! Macam assignment la pulak aih. Alhamdulillah sem ni berakhir dalam keadaan yang baik walaupun actually ada saja kesusahan yang menimpa. Contohnya, tengah exam sem tiba-tiba dapat tahu gastrik! Alahai~ Memang tragis. Tapi setiap kesakitan itu datang dari Allah dan kesembuhan juga adalah dariNya. So, kuat la sikit HUDA! dan.. akhirnya aku berjaya menghabiskan semester 3 dengan jayanya! Oyyea :)

Coretan Penulis:
1) Moga semester hadapan lebih baik daripada semester kali ni.
2) PBS sem depan dekat mana? Ouh, tak terfikir lagi sebab Arab kot!
3) Segala kenangan semester 3 ni tersimpan dalam memori ingatan, inshaAllah!
4) Moga ukhwah yang terjalin, kukuh hingga ke akhir hayat dan inshaAllah akan bertemu di Jannah.

~terima kasih ^^, kerana sudi baca~

2 comments:

  1. oh wow! banyaknya aktiviti sem 3 :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang suke 'bjalan'! haha~ so, ape lagi.. ambil pluang la!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...